Proton Inspira 2.0L (gambar atas) mempunyai harga jualan RM91,999 seterusnya menjadikannya kereta kelas 2.0L yang termurah di negara ketika ini. Bermula dengan Kereta-kereta dari Korea yang menawarkan harga bawah dari RM120,000 untuk model 2.0L, kini pengeluar-pengeluar lain terutamanya Jepun telah mengikut trend semasa dengan menurunkan harga model 2.0L mereka seperti Sylphy. Adakah Inspira ini berbaloi dari segi harga dan teknikalnya? Lihat bandingan yang saya buat berbanding model yang sedia ada di pasaran sekarang (kecuali Lancer).
Bagi saya, dengan spesifikasi yang setanding atau lebih dari model-model yang lain dan harga yang ditawarkan, Proton Inspira ini memang berbaloi untuk dimiliki. Harga Inspira ini juga hampir sama dengan model Mitsubishi dipanggil Galant Fortis.
Di negara Jepun, Galant Fortis ditawarkan dalam 2 varian iaitu 2WD dan 4WD masing-masing dengan harga RM78K dan RM86k. Harga yang agak tinggi di sini mungkin adalah selisih keuntungan yang diambil pihak Mitsubishi dan cukai kerajaan. Kerajaan juga mungkin memberi pelbagai insentif dari segi percukaian kerana ianya dipasang di Malaysia dan yang penting, ianya adalah jenama Malaysia justeru ia tidak dikenakan duti eksais yang terlampau tinggi.