Seperti yang dijanjikan Renault Malaysia, mereka bakal melancarkan sebuah model hatch iaitu model baru Megane menggantikan model yang sedia ada sekarang. Model baru kali ini (gambar atas) menampilkan perubahan total dari segi rekaan luaran mahupun dalaman berbanding model sebelum ini (gambar bawah) yang turut dijual di Malaysia.
Renault Megane baru ini telah dijumpai di litar Sepang mungkin sedang dalam peringkat ujian penyesuaian atau homologation peringkat akhir sebelum pelancarannya pada hujung tahun ini.
Dipacu oleh enjin 2 liter inline turbocharge menghasilkan kuasa 250hp dan tork maksimum sebanyak 340Nm, di padankan dengan kotak gear manual 6 kelajuan, satu-satunya kotak gear pilihan yang ada ketika ini.
2 varian bakal ditawarkan iaitu versi Sport dan versi litar iaitu versi Cup. Versi sport lebih kepada penggunaan seharian dan besi anti gulingan yang lebih kecil dan suspensi yang lebih selesa. Versi Cup pula menampilkan sistem LSD dengan suspensi lebih keras dan menggunakan rim bersaiz 19 inci. Versi ini juga mempunyai brek jenama brembo yang lebih besar untuk kuasa membrek yang lebih pada kelajuan tinggi. Kita tunggu pelancaran model ini oleh Renault untuk dapatkan spesifikasi dan harga sebenar. Untuk model sedia ada, sila layari laman web http://www.renault.com.my