Pada pameran SEMA 2010 kali ini, bukan sahaja Honda yang membawa konsep ‘Sport Hybrid’ malah Toyota juga mempamerkan kebolehan mereka dalam pengeluaran model konsep ‘Sport Hybrid’. Dengan tambahan pelbagai aksesori dan aerokit terbaru untuk model Prius.
Prius Plus Performance Package ini termasuk 7 set aerokit yang masih lagi mengekalkan pemalar geseran pada 0.25 COD. Spoiler baru untuk bumper depan dan belakang, side skirt dan diffuser dipadankan dengan rim 17 inci yang menarik.
Rekaan dan fungsi enjinya masih mengekalkan yang standard untuk mengekalkan penggunaan petrol yang rendah tetapi sistem suspensinya telah dinaik taraf untuk memberikan pemanduan yang lebih baik dan member kestabilan ketika menganmbil selekoh.