Toyota Motor Corporation, pengeluar kereta terbesar di dunia mengumumkan satu lagi penarik balikan modelnya iaitu kali ini pada model iQ kerana kemungkinan kerosakan sistem stereng kuasa. Sebelum ini Toyota beria-ia menidakkan masalah ini namun kali ini mereka akur dan mengumumkan penarik balikan tersebut.
Model iQ yang terlibat ialah model yang dibuat antara bulan 11 tahun 2008 hingga 22 October 2010. EPS (power steering elektrik) secara tiba-tiba ketika melalui jalan tidak rata menyebabkan steering menjadi berat namun bukanlah tidak berfungsi langsung.
Model ini tidak dijual secara rasmi di Malaysia namun mungkin ada yang dibawa masuk secara AP.