Volkswagen AG, pengeluar kereta terbesar di Eropah dan ketiga di dunia selepas Toyota dan General Motors berharap akan dapat mengurangkan jurang dengan Toyota Motor Corp kepada 1juta unit daripada 1.5uta unit sekarang. Volkswagen yang mempunyai 7 jenama dibawahnya mencatat pertumbuhan 12.7 peratus dan dibantu jualan yang meningkat di China, mereka menjangka akan menjual 7 juta unit kenderaan pada tahun ini.
Volkswagen mengunjurkan jualan 7.1 juta unit tahun ini dengan jurang 1.1juta unit dengan Toyota. Pada tahun 2009, mereka menduduki tangga ketiga dengan jumlah jualan 6.83 juta unit berbanding Toyota yang menjual 7.8 juta dan GM 7.48 juta unit.