Proton Exora misteri dan berbentuk pelik (leper) ditemui lagi. Terima kasih kepada bro Prodas kerana beri info. Kali ini ia ditemui di dalam suatu tempat nampak seperti di gudang Proton dalam keadaan sedia untuk di hantar ke suatu tempat mungkin luar negara untuk tujuan ujian. Masih belum ada info yang mengesahkan apakah sebenarnya model ujian dan adakah ianya akan menjadi produk yang bakal melihat cahaya matahari? Teruskan bacaan untuk lebih gambar model Exora misteri ini.
Mungkin ianya menjadi pendek untuk tujuan pengurangan berat dan ianya digunakan untuk menguji enjin baru Proton atau Campro CFE Turbocarged. Apapun jika sesiapa tahu lebih info mengenai model boleh kita kongsikan bersama.
Sumber: Exora FB dan prodas.wordpress.com