Setelah 4 tahun menghilang, KLIMS kini kembali lagi di PWTC. Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings, telah membawa barisan model konsep mereka ke pameran ini dengan bertemakan pahlawan Melayu terbilang iaitu Hang Tuah (Persona Replacement Konsep), Hang Jebat (Inspira Sport Konsep), Hang Lekir (Lotus Europa Rebadge), Hang Lekiu (SUV Konsep/Youngman), dan Satria Neo R3. Sila teruskan bacaan untuk lebih info dan gambar.
Apa yang menarik benarkah semua model konsep ini akan menjadi realiti terutamanya untuk model salinan Lotus Europa? Berapa harganya? Apa enjin yang akan diguna? Untuk projek SUV kita sudah tahu bawah rakan strategik Proton di China iaitu syarikat Youngman telah memberi kontrak kepada Proton untuk mereka SUV untuk mereka berasaskan platform Exora seperti gambar Hang Lekiu. Rekaan SUV ini kurang menarik kerana banyak mengambil profile Exora dan diharap final produk nanti bukanlah seperti konsep ini.
Satu lagi adalah Satria Neo edisi R3 terbaru. Dahulu pihak R3 pernah mengeluarkan Satria Neo R3 tetapi yang berubah cuma bahagian luaran dan sedikit talaan enjin Campro untuk menghasilkan sedikit lebihan kuasa. Kali ini nampak Neo ini mempunyai bucket seat. Apakah ia menggunakan enjin turbo terbaru Proton? Jawapannya kita kena pegi lihat sendiri di KLIMS. Selain itu banyak lagi model akan dipertontonkan Proton seperti EMAS, Exora Hibird dan Saga EV.
[Galeri Slide Show]