Industri Automotif tempatan telah mencatat satu lagi sejarah apabila pameran motor antarabangsa Kuala Lumpur 2010 atau KLIMS 2010 telah melabuhkan tirai semalam. Pameran yang sudah 4 tahun menghilang ini masih mampu menarik pengunjung dari pelbagai golongan walaupun tanpa kehadiran pengeluar-pengeluar ternama Eropah seperti Volkswagen, Ford, Audi, Mercedes, BMW dan banyak lagi. Bagi admin, sejak blog ini dilancarkan ini adalah satu pengalaman baru dan memang terasa kagum dengan kepesatan teknologi automotif di peringkat global mahupun nasional. Walaupun KLIMS boleh dikatakan pameran yang kecil, namun satu hari nanti kita harapkan KLIMS ini akan menjadi pameran bertaraf dunia setaraf dengan Paris, Geneva, Tokyo atau setidaknya menyaingi negara Detroit Asean iaitu Thailand.
Admin terasa lebih bersemangat untuk memperkasakan lagi blog ini dengan info-info terkini mengenai dunia automotif samada dari dalam negara mahupun peringkat global. Untuk mereka yang tidak dapat pergi kerana berada jauh dari ibu kota, admin bawakan galeri album KLIMS 2010 kali ini. Walaupun gambar tidak diambil menggunakan DSLR yang canggih (admin guna Panasonic DMC-FX50), tapi admin rasa sudah cukup untuk tatapan peminat-peminat kereta di seluruh negara. Sila klik banner di bawah untuk galeri album KLIMS 2010.
::Untuk Info & Galeri KLIMS 2010 Klik Banner Di Bawah::
“Majulah Industri Automotif Untuk Negara”
Admin,
Sembang-auto.com