Ruang pameran pengeluar kereta Nasional, Proton Holdings Berhad, merupakan ruang pameran yang terbesar di KLIMS kali ini. Dengan memperagakan model produksi, konsep, hibrid, EV, enjin hinggalah ke studio styling dan simulator gran turismo 5. Memang ramai berkunjung ke ruang pameran Proton di mana model clay model Persona replacement di pamerkan. Ramai yang bertanya berapakah harga Persona replacement tersebut namun kerana ianya masih clay model pihak Proton belum boleh memberi tahu harga apabila sudah dikeluarkan secara besar-besaran nanti.
Selain daripada Persona replacement, saya juga amat tertarik dengan model Exora hibrid yang memenangi perlumbaan future di UK untuk kategori range extender. Proton menunjukkan keratan rentas bagaimana Exora tersebut berfungsi dengan menambah warna lampu seolah-olah ianya adalah gambaran sebenar. Disebelah Exora pula adalah Saga EV, model elektrik penuh Proton yang mampu mencapai jarak melebihi 100km dengan sekali cas.
Turut dipamerkan adalah model Satria Neo S2000, kereta rali yang telah menduduki podium di beberapa rali utama di dunia. Jika dilihat di gambar nampak seperti kecil namun bila lihat secara live, sungguh mengagumkan. Kereta ini dijangka akan bersaing di rali Monte Carlo, seiring dengan pemandu rali dan termasyur seperti Peter Solberg dan pasukan Citroen. Sama-sama kita harapkan kemenangan Satria Neo ini.
Selain itu juga saya sempat berbual dengan seorang jurutera RnD Engine Proton. Kami berbual mengenai enjin terbaru Proton iaitu Campro CFE. Campro CFE adalah enjin yang dihasilkan daripada projek yang dinamakan Project Phoenix seperti yang kita pernah dengar sebelum ini. Beliau menerangkan dan menunjukkan dimana letaknya unit turbocharger tersebut. Menurut beliau, Proton tidak mempunyai enjin bersesaran lebih besar daripada 1.6liter namun Campro CFE ini adalah enjin yang kuasanya bersamaan enjin 2.2liter beraspirasi normal. Enjin ini telah melalui ujian yang ketat iaitu ujian ketahanan sejauh 200,000km dalam keadaan cuaca ekstrim dan ianya berjaya melepasi ujian tersebut. Perbezaan dengan CPS ialah enjin ini menggunakan sistem VVT atau Variable valve Timing yang menjimatkan dan mesra alam. Enjin ini pertama kali akan digunakan pada model Exora dengan kotak gear CVT dari Punch Motive.
Proton juga mempamerkan studio rekaan mereka di pameran ini di mana 3 orang dari department styling mempertunjukkan bakat mereka dalam merekacipta styling untuk bahagian luaran dan dalaman sesebuah kereta. Juga terdapat beberapa simulator untuk menyemak rekaan sesebuah model dan yang dipertunjukkan adalah model Persona Replacement dan Exora.
Selain itu blog ini juga ada menyiarkan beberapa entri sebelum ini mengenai Proton di KLIMS jadi anda bolehlah rujuk kepada entri yang lepas dengan klik pada banner ‘KLIMS Higlights’ di side bar blog ini. Saya akan cuba untuk upload seberapa banyak gambar ketika di ruang pameran Proton namun ketika ini Maxis broadband tidak berupaya untuk upload gambar dalam saiz yang besar. Harap bersabar.