Honda mempamerkan kereta yang baru sahaja dinobatkan sebagai Japan Car of The Year iaitu model CR-Z di KLIMS kali ini. Memang amat mengagumkan dengan gabungan rekaan yang aerodinamik dan teknologi yang digunakan, memang layak kereta ini menggondol anugerah tersebut. Jika digambar nampak seperti kecil tapi secara live jelas memang besar dan teguh. Mereka juga mempamerkan model-model lain seperti Civic Type R Spec UK dan model produksi dengan konsep Modulo. Sila teruskan bacaan untuk galeri ruang pameran Honda.