Perodua, pengeluar kenderaan nombor satu Malaysia, merancang untuk membangunkan enjin turbo 2 silinder bersama rakan teknikal mereka iaitu Daihatsu Motor Corp. Menurut Pengarah Urusannya Datuk Aminar Rashid, Perodua percaya mereka dapat mengurangkan pelepasan karbon dengan menghasilkan enjin lebih efisien dan juga lebih kos efektif.
Enjin ini mempunyai sesaran 660cc inline 2 silinder turbocharged dengan suntikan bahanapi terus menghasilkan kuasa 63hp pada 4500rpm dan 100Nm tork pada 1500 hingga 4500rpm. Menurut Perodua, ianya bakal menawarkan 30% penjimatan bahanapi berbanding enjin bersesaran sama sekarang.
Sumber: Paultan