Khas untuk peminat dan tuan punya Perodua Alza di mana Perodua membawakan model konsep Alza ‘Infinite’ pada pameran motor antarabangsa Kuala Lumpur kali ini. Dengan perubahan radikal pada bahagian luaran dan dalaman iaitu rekabentuk bumper depan dan belakang, lampu headlamp dan rear combination dan juga interior yang mempunyai pelbagai paparan digital dan fungsi iPad. Sila teruskan bacaan untuk lebih info dan gambar.
Antara ciri-ciri Perodua Alza Infinite Konsep adalah seperti berikut:
Eksterior (Luaran)
- Aerodynamic design dan styling
- Rekaan bumper yang ‘bold’ menambah lebar body profile
- Rim 18 inci ringan
- Bumbung panaromic
- Lampu headlamp, belakang dan brek LED
- Lampu HID Xenon untuk lebih kecerahan
- Ekzos dwi muncung untuk lebih sporty
Interior:
- 4 sporty bucket seat
- Konsol tengah
- Skrin paparan sesentuh
- Stereng pelbagai fungsi dengan butang start
- Kulit Alcantara hitam
Lain-lain:
- 12 speaker dan subwoofer
- 2 DIN audio skrin sesentuh dengan GPS dan kamera undur belakang.
- 3 LCD monitor
- Suspensi sport dan boleh ubah untuk kawalan lebih baik
- Sistem intake prestasi tinggi untuk lebih pecutan
Bagaimana? Jika Proton dengan konsep pahlawan, Perodua juga bersaing dengan Alza Infinite konsep ini. Jika ada yang sanggup berbelanja lebih, pasti kita akan melihat konsep ini di jalan raya tidak lama lagi.
Untuk Info KLIMS 2010 Klik Banner Di Bawah: