Seperti semua peminat sedia maklum, pengeluar kereta nasional kita iaitu Proton telah berjaya membina sendiri enjin mereka dengan bantuan kejuruteraan anak syarikat mereka yang berpangkalan di England iaitu Lotus. Enjin tersebut adalah Campro 1.3 dan 1.6liter. Tidak seperti kemunculan awal Campro satu masa dulu, enjin ini sudah banyak ditingkatkan dan dikatakan setanding dengan enjin-enjin yang ada di pasaran ketika ini. Keputusan Proton untuk membuat enjin sendiri dilihat tepat kerana sesebuah pengeluar hanya layak dipanggil pengeluar setelah mereka menghasilkan enjin mereka sendiri. Sila teruskan bacaan untuk lebih info mengenai kisah keluarga enjin Proton.
Seperti pengeluar China iaitu Chery, dahulu mereka menggunakan enjin dari Mitsubishi tetapi kini mereka telah menggunakan enjin mereka sendiri yang dipanggil Acteco. Enjin tersebut dihasilkan bersama firma penasihat dari Austria. Berbalik kepada Campro, kini keluarga Campro mempunyai 4 varian iaitu Standard, IAFM, CPS dan Turbocharged. Di KLIMS yang lepas ada dipamerkan enjin IAFM, CPS dan Turbocharged tersebut.
Disini admin tidak menunjukkan gambar Campro standard kerana jika kita lihat pada gambar enjin Campro IAFM, tentunya ia tidak memiliki kotak intake air flow module di belakang enjin bersebelahan dengan panel cowl jika di dalam enjin bay. Untuk enjin CPS dan VIM, perbezaanya adalah pada silinder head yang menempatkan camshaft dwi profile dan Intake Manifold yang mempunyai pelbagai bentuk.
Paling menarik ialah enjin terbaru dalam keluarga Campro iaitu Campro CFE Turbocharged. Kita dapat lihat gambar unit turbocharger pada gambar ketiga yang dibekal oleh Borg warner. Enjin ini adalah enjin di bawah Project Phoenix. Ia dilengkapi dengan sistem VVT untuk penjimatan dan kawalan pelepasan karbon yang maksimum. Menurut sumber Proton, enjin ini bakal pertama membuat kemunculan pada model Exora dipadankan dengan kotak gear CVT dari Punch Motive. Menurut Proton juga, enjin terbaru ini akan menggunakan timing belt yang mana ianya lebih senyap dan kos efisien berbanding timing chain. Apa komen anda?