Beginilah agaknya model Persona Replacement yang direka bersama oleh studio rekaan Itali iaitu Guigiaro. Kereta konsep dinamakan Tuah ini adalah Konsep untuk Persona Replacement yang dikatakan akan menjadi model global Proton. Rekaan lampu depan yang besar dan lebar disamping muncung yang cerun menampakkan ketampanan model gantian Persona ini. Sila teruskan bacaan untuk lebih info dan gambar.
Nampak seperti Chevrolet Cruze dan Audi dari beberapa sudut.
Untuk menjadi model global, model Persona replacement ini haruslah mempunyai semua ciri-ciri seperti ergonomik, keluasan ruang, interior yang menarik dan menggunakan kualiti bahan yang tinggi. Selain dari itu juga aksesori seperti stereng kulit, kerusi kulit, cermin sisi boleh lipat dan kemasan chrome juga menambah lagi daya tarikan untuk sesebuah model global. Apapun Memang menarik Persona Replacement ini dan jika dijual dengan harga RM55k, pasti laris dipasaran, Bagaimana dengan anda? (gambar dari paultan) Apa komen anda?