Pasukan Formula1 Renault, yang akan berlumba di bawah nama baru Lotus Renault GP selepas anak syarikat Proton iaitu Lotus Plc telah mengumumkan untuk menyambung kontrak pelumba rookie mereka iaitu Vitaly Petrov untuk musim 2011. Petrov yang beraksi cemerlang ketika menyerap tekanan yang diberi Fernando Alonso sebanyak40 pusingan telah menunjukkan prestasi yang baik pada keseluruhan musim 2010 dengan mengutip 27 mata.
Dengan Kubica yang akan menjadi pemandu utama, Lotus Renault berpeluang bersaing dengan pasukan teratas seperti Red Bull, Mclaren, Ferrari mahupun Mercedes GP. Dengan hanya Petrov menjadi pemandu Russia yang beraksi dalam F1, ini bakal menarik penajaan dari gergasi korporat Russia seperti syarikat Lukoil milik Roman Abramovic.
Sumber:Eurosports