Satu berita menarik di mana satu syarikat Jepun di petik pada 15hb lalu ingin mengimport dan menjual performance base car Proton iaitu Satria Neo. Ini merupakan susulan kejayaan Satria Neo memenangi beberapa siri rali peringkat antarabangsa baru-baru ini.
Satria Neo dijangka dijual pada harga RM60 ribu ringgit.Satria Neo S2000 juga akan dipamerkan pada pertunjukkan Tokyo Auto Saloon 2011. Syarikat talaan
Proton iaitu R3 juga akan membuat kemunculan di sana dengan Satria Neo R3.
Sumber: http://response.jp/article/2010/12/16/149392.html
Satu perkembangan baik untuk Proton apabila sudah ada peluang untuk memasuki pasaran Jepun. Ini merupakan satu pengiktirafan untuk mereka kerana kita tahu Jepun telah lama maju dalam pembuatan kereta. Lepas ni bolehlah kita lihat mat-mat Jepun pakai Satria Neo lumba dekat Shuto highway dengan GT-R.(Via HD2)