Suzuki SX4 facelift telah dilancarkan di pameran motor Guangzhou China yang sedang berlangsung sekarang. Rekaan gril baru dengan bar bersalut chrome, bumper yang lebih rata dengan kemasan chrome pada lampu fog, air intake baru yang sama dengan model swift, headlight baru adalah beberapa perubahan besar di bahagian hadapan.
Dari sudut sisi, ianya dapat getah pelindung pintu dan rim 16 inci yang menarik. Bahagian belakang pula nampak lebih tajam dengan trunk lid yang lebih pendek. Enjinnya pula masih mengekalkan enjin model sebelum facelift dengan 2 varian iaitu M16A dengan M18A dengan fungsi VVT. M16A menjana kuasa maksimum 109hp@5500rpm dan tork 144Nm@3500-4500rpm. M18A pula menjana 130hp@6200rpm dan tork maksimum 170Nm@3500-4500rpm dipadankan dengan kotak gear 4AT.