Suzuki mengumumkan akan menggunakan enjin baru untuk model Swift baru mereka. Dikatakan mempunyai penjimatan minyak terbaik dalam kelasnya, Swift baru hanya menggunakan 5.5liter petrol untuk 100km. Pelepasan karbon pula sebanyak 132g/km. Ianya adalah 13% penjimatan dari yang lama membuatkan ianya antara enjin aspirasi normal yang paling menjimatkan. Enjin K14B baru ini menjana 70kw dan tork sebanyak 130Nm.
Antara ciri lain enjin ini adalah:
-Silinder head dari alumunium aloi untuk pengurangan berat
-Palam pencucuh di atas kebuk pembakaran
-Variable valve timing
-Electronic throttle control
Suzuki Swift baru telah memenangi anugerah Japan Car Of The Year. Walaupun kompak, kualiti pembuatan dan teknologi disamping faktor penjimatan mungkin antara sebab kereta ini dinobatkan anugerah berkenaan. Pasti berbaloi untuk menunggu kereta ini dilancarkan di negara kita.