Nissan Leaf, kereta EV pertama dari Nissan yang baru menggondol kereta terbaik Eropah, memang sedang hangat diperkatakan dan unit pengeluaran untuk tahun 2011 telah pun habis ditempah! Strategi Nissan dilihat berjaya kerana ketika dua ‘abangnya’ iaitu Toyota dan Honda bersaing untuk mengeluarkan model hibrid, Nissan telah melupakan pembangunan model hibrid dengan membangunkan model elektrik penuh yang dinamakan Leaf. Kereta yang mempunyai pelepasan karbon kosong ini mampu mencapai jarak bersamaan 42km/liter untuk kereta berenjin petrol. Sila teruskan bacaan untuk lihat video bagaimana Nissan Leaf dibuat.
Daripada video kita saksikan Nissan Leaf sedang dipasang di kilang mereka di Yokohama. Peralatan yang digunakan untuk memasang komponen begitu canggih dan tepat menunjukkan ketinggian teknologi pembuatan kereta Nissan.