Volkswagen telah mengumumkan akan menghasilkan model Passat dan Jetta di kilang DRB HICOM di Pekan. Ini melibatkan perniagaan bernilai RM1billion ringgit. Kilang DRB kini memasang model Suzuki, Mercedes Benz dan Mitsubishi mempunyai kapasiti hampir 100 ribu unit setahun.
Mengikut berita awal, Volkswagen bakal memasang 3 model untuk tahun 2011 dan baru 2 sahaja yang diumumkan iaitu Jetta dan Passat. Sebuah model lagi dijangka model Polo Sedan atau nama lainnya Vento. Ini kerana Volkswagen telah mengumumkan yang tidak akan memasang model yang sudah dibawa masuk secara import iaitu Golf, Polo dan sebagainya. Selepas ini kita bakal menyaksikan pertembungan kepala dengan kepala syarikat Volkswagen dengan pemain Jepun yang telah lama bertapak di negara ini.
Sumber: Newsvine