Selain daripada model gantian Civic sedan, Honda juga bakal melancarkan Civic versi coupe di pasaran Amerika dengan melancarkan model konsep Civic coupenya di pameran motor Detroit. Honda Civic sememangnya terdapat dalam beberapa varian seperti hatch, coupe dan sedan sebelum-sebelum ini. Kemungkinan ini akan bersaing dengan model lain seperti Scirocco, Veloster mahupun Golf GTi. Pandangan hadapannya lebih menarik dengan bumper yang mempunyai air intake yang lebih besar serta lampu fog bersama daytime running light. Lampu kombinasi belakangnya juga berbeza dengan versi sedan di mana susun atur lampu reverse dan brek yang berlainan. Teruskan bacaan untuk galeri Civic coupe 2011.
Sumber: autoblog