Inilah model konsep yang ditunggu-tunggu oleh peminat seluruh dunia iaitu model sedan global Honda Civic. Ini adalah model gantian untuk model FD yang sedang berada di pasaran ketika ini. Civic merupakan 10 kereta terlaris di Amerika Syarikat dan model gantian ini juga dilihat bakal sekali lagi menjadi hit di pasaran Amerika. Bahagian hadapannya dilihat sedikit ‘jinak’ berbanding model sedia ada dan dilihat menyerupai model-model Honda yang lain seperti Stream dan City. Walaubagaimanapun kombinasi gril dengan kemasan krom menjadikan bahagian depannya menarik. Side mirrornya pula mendapat rekaan yang lebih aerodinamik tetapi nampak lebih kecil.
Bahagian side profile amat mirip dengan model sedia ada namun dengan pertambahan garisan lengkuk menambah rupa muscle Civic ini. Rekaan sebegini adalah gaya rekaan baru dan supaya kereta kelihatan lebih kukuh. Rekaan rimnya juga sepadan dengan rekaan keseluruhan.
Bahagian belakangnya juga lebih menarik dengan rekaan lampu kombinasi ala-ala Mercedes dan lebih dinamik.Rekaan bumper yang berlengkuk juga lebih dinamik walapun tidak ekstrim seperti Avante. Belum ada info mengenai spesifikasi Civic baru ini. Bagaimana? Pasti berbaloi untuk menunggu Civic baru ini dilancarkan untuk menilai sendiri model global Honda ini. Sila teruskan bacaan untuk galeri model konsep gantian Honda Civic.
Sumber: Autoblog