Toyota, berbekalkan kepopularan jenama Prius yang sehingga kini terjual lebih sejuta unit di Amerika Syarikat dilihat menambah varian Prius yang menjadi lambang kepada penjimatan minyak dan puncak kepada teknologi automotif itu. Ini dengan pelancaran model Prius V atau volume dengan ruang bagasi yang lebih besar sesuai untuk keluarga. Enjinnya masih sama dengan Prius sedia ada. Mereka juga akan melancarkan Prius bersesaran lebih kecil, mungkin 1.3liter seperti Honda Insight ataupun CR-Z hibrid dan dengan melancarkan model Prius C konsep. Dengan ini Toyota bakal menguasai pasaran kereta hibrid global khususnya di Amerika Syarikat. Sila teruskan bacaan untuk lihat galeri Prius V dan Prius C konsep.
Sumber: autoblog