Kia hari ini telah mengeluarkan lakaran rasmi model baru Picanto 2011. Model ini dijangka mula dijual di pasaran Korea Selatan pada akhir bulan ini. Pelancaran rasmi globalnya akan diadakan di pameran motor Geneva yang akan berlangsung pada March ini.
Ini adalah generasi kedua Kia Picanto yang nyata lebih agresif berbanding model yang digantikannya. Styling nya amat menyerupai Kia Venga. Ia juga nampak seperti model Lotus City Car dari beberapa sudut. Tiada info terperinci mengenai spesifikasi kereta ini tetapi kita dapat dari gambar lakarannya ia bakal menggunakan lampu dwi projektor yang jarang digunakan pada segmen ini. Kereta juga kemungkinan besar mengunakan enjin Kappa 1.0 liter.