Gambar spyshots Proton Exora Turbo menggunakan enjin Campro CFE telah ditemui oleh paultan.org. Ini adalah spyshots yang jelas dengan terdapat penambahan gril dibahagian sisi bumper hadapan yang mungkin menempatkan intercooler untuk enjin Exora tersebut. Enjin turbocharged Proton dikatakan menghasilkan kuasa kuda sebanyak 138hp dan daya kilas sebanyak 205Nm saya fikir lebih dari cukup untuk Exora. Disamping itu, mengikut spyshots sebelum ini, kita dapat lihat enjin Campro CFE ini diuji dengan kotak gear CVT dan mungkin Exora ini akan menggunakan kotak gear CVT. Persoalannya, berapa pula harga jualannya? Saya fikir jika Proton memberikan spesifikasi penuh, RM80,000 dilihat berpatutan dengan mengambil kira harga H-Line ketika ini adalah RM76,000.
P/s: Diharap Proton dapat berikan stereng balutan kulit untuk model ini dan jika boleh ubah jenis emblem daripada jenis lekat kepada struktur kerana mudah tanggal 🙂