Inilah yang dinantikan oleh rakyat Malaysia apabila Proton bakal melancarkan kereta global sedan pertamanya iaitu Persona R pada 2012. Dilaporkan kereta ini sudah dalam peringkat pembuatan komponen percubaan. Bagaimana rekaan sebegini? Bolehkah ianya pergi ke global? Di sini sembang-auto.com membawakan shoot out rekaan Persona R dibandingkan dengan model yang tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu Honda Civic yang bakal dilancarkan secara global di pameran Geneva akan datang.
Dari segi prestasi, enjin Campro CFE turbocharged menghasilkan kuasa 138hp dan 205Nm tork adalah amat baik dan setaraf dengan enjin 2.0liter Honda Civic yang menghasilkan 155hp dan 188Nm tork. Persona R juga bakal menggunakan kotak gear CVT dan jika Civic masih mengekalkan powertrain dan kotak gear automatik 5 kelajuan konvensional sedia ada untuk model terbaru mereka, adakah Persona R lebih baik?
Dari segi rekaan, terpulang anda untuk menilai. Bagi saya ianya perlu diperbaiki lagi dengan menambah beberapa lengkuk pada profil sisi. Diharap rekaan dan bahan buatan dalaman juga berkualiti dan mengikut piawaian model global yang lain. Bagaimana dengan anda? Jika harganya berpatutan, pasti berbaloi tunggu model ini.