Wow! Itulah yang hanya mampu dikatakan selepas melihat model Hyundai Grandeur ini. Ini boleh membuatkan bos-bos di Volkswagen sakit jantung kerana rekaan yang begitu futuristik dari luaran dan dalaman berbanding model Passat yang nampak masih rekaan di takuk lama. Model ini jika memasuki pasaran kita pasti menjadi hit seperti Sonata YF dan tidak seperti model Grandeur atau Azera nama di negara kita yang nampak terlalu menyerupai Toyota. Tahniah kepada Hyundai. Sila teruskan bacaan untuk lihat galeri dan video menarik evolusi model Grandeur atau Azera ini.
Sumber: carscoop