Pernah satu ketika dulu Proton dikatakan telah memeterai perjanjian dengan syarikat Detroit Electric untuk mengeluarkan kereta elektrik tulen dengan menggunakan barisan modelnya iaitu Persona, Gen 2 dan Savvy namun ianya hilang begitu sahaja. Sumber dari blog paultan.org melalui pembacanya telah menjumpai gambar Persona Elegance 100% elektrik sedang diuji berdekatan kilang Proton di Shah Alam. Apakah projek ini masih berjalan lagi?
Menurut Detroit, mereka mahu menjual 270 ribu unit kereta elektrik di seluruh Eropah bermula tahun 2012 dengan menggunakan model Proton yang diubahsuai. Jika benar, memang projek ini masih berjalan lagi. Apakah perbezaan teknologi Detroit dengan Saga EV yang dipamerkan oleh Proton baru-baru ini?