Harga minyak petrol gred RON 97 akan dinaikkan sebanyak 10sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut sumber Malaysiakini. Kenaikan 10sen ini bermakna harga baru untuk RON 97 ialah RM2.50 berbanding RM2.40 sebelum ini dan ini adalah kenaikan kali keempat dalam tempoh tidak sampai 6 bulan. Kereta berkuasa tinggi seperti enjin 2 liter ke atas dan turbo dijangka terjejas dengan kenaikan ini.