Hasrat Proton untuk mendapatkan keputusan memberangsangkan pada rali pembukaan kejohanan rali antara benua atau Intercontinental Rali musnah apabila kedua pemandu mereka gagal menamatkan perlumbaan. Atkinson mengalami masalah elektrikal apabila hanya sempat bergerak 700meter manakala P-G Andersson pula mengalami kemalangan pada pusingan kedua apabila beliau mencatat masa hanya sipi diluar masa 10 terbaik.
Kemalangan berlaku selepas beliau memandu sejauh 7 kilometer. Walaupun gagal kali ini namun perjalanan rali IRC masih lagi panjang dan diharap mereka boleh bangkit semula.
Kedudukan selepas peringkat ketiga
1 Juho Hänninen (Škoda Fabia S2000) 58m55.5s
2 Freddy Loix (Škoda Fabia S2000) +45.2s
3 Stéphane Sarrazin (Peugeot 207 S2000) +47.4s
4 Petter Solberg (Peugeot 207 S2000) +50.8s
5 Guy Wilks (Peugeot 207 S2000) +1m04.5s
6 Bryan Bouffier (Peugeot 207 S2000) +1m13.4s
7 Jan Kopecký (Škoda Fabia S2000) +1m17.9s
8 François Delecour (Peugeot 207 S2000) +1m31.3s
9 Bruno Magalhães (Peugeot 207 S2000) +2m01.4s
10 Jean-Sebastien Vigion (Peugeot 207 S2000) +2m42.7s
Sumber: IRC