Hari ini sewaktu menemankan isteri pergi membeli barangan bayi yang akan lahir pada bulan 2 ini, terserempak dengan sebuah kedai yang namanya Toy City. Memang banyak kereta kawalan radio dari yang beribu-ribu sampailah yang berpuluh-puluh ringgit. Tiba-tiba saya tertarik pula dengan satu kereta kawalan radio yang kecil nisbah 1:43 iaitu kereta konsep Japan GT. Harganya RM59.90. Dalam hati mahal juga. Tapi kalau buatkan litar main kat rumah best juga. Kopak juga poket hari ini.
Memang serupa dengan NSX yang lumba dalam Japan GT tu tapi sticker je lain. Biasalah kalau tiru bebulat nanti karang kena saman.
Kelajuannya taklah terlalu laju sehingga susah untuk dikawal. Ianya sesuai untuk kegunaan litar dalam rumah.
Kereta ini berkuasa bateri dan boleh dicas melalui unit kawalan radionya. Yang peritnya nak tukar bateri unit kawalan radio. Kalau dah lemah kurang-kurang terbang RM5. Kalau alkaline lebih lagi la. Ok hari ini memang excited untuk menyiapkan litar untuk kereta ini meluncur. Lepas ni nak keluar beli barang buat litar dan update story ini kembali. Tunggu post untuk part 2 nanti.