Lexus memanggil balik 245 ribu unit sedan di US dan 1.5juta unit lagi di seluruh dunia atas kemungkinan kebocoran minyak pada fuel sensor. Sedan IS dan GS keluaran dari tahun 2006 hingga 2008 terlibat dalam pemanggilan balik semula ini. Belum dapat dipastikan samada sedan Lexus di Malaysia terlibat atau tidak dalam panggilan balik ini. Sila hubungi dealer Lexus berdekatan [via HD2].
Update: Lexus Malaysia mengumumkan sebanyak 78 unit model IS 250 yang dibuat dari 2007 hingga 2009 terlibat dalam pemanggil balikan ini dan mereka mengadakan kempen servis istimewa untuk memeriksa bahagian fuel sensor yang menjadi masalah. Tiada model lain yang terlibat di Malaysia kecuali IS 250 sahaja.
Sumber:autoblog