Sumber dari blog paultan dan prodas.wordpress.com telah menemui lagi Exora pelik yang sebelum ini telah ditemui beberapa kali. Berkemungkinan ini adalah test mule untuk model gantian Persona atau Persona R yang sedang dibangunkan. Persona R mungkin menggunakan platform Exora yang boleh diubahsuai kepada sedan atau SUV. Seperti Exora, Proton menggunakan Toyota Wish sebagai test mule mereka. Exora tersebut dipendekkan mungkin untuk mendapatkan berat yang ideal sekitar 1200kg berbanding Exora yang mempunyai berat 1400kg. Ia mungkin bagi mendapatkan setting terbaik untuk enjin turbo Campro VVT dan kotak gear CVT dari Punch Motive. Setelah komponen percubaan dihasilkan, mungkin kita akan dapat melihat spy shots prototype sebenar.Sama-sama kita nantikannya. [Via HD2@ rnr Dengkil]
1 Comment
-
At 2011.02.04 11:24, samposmen said: