Kia telah mengeluarkan imej rasmi model gantian Kia Rio yang akan membuat kemunculan dunia buat pertama kali di pameran motor Geneva yang akan diadakan pada bulan depan. Model terbaru ini mempunyai rekaan luar yang jauh lebih menarik berbanding model sebelum ini (gambar bawah). Walaupun belum ada gambar rekaan dalaman, Kia bakal menunjukkan rekaan yang menarik dengan penggunaan bahan bermutu tinggi dan akan menawarkan varian trim level yang banyak.
Menurut Kia juga, model ini adalah lebih besar dengan asas roda bertambah sebanyak 70mm. Di Eropah, ia bakal ditawarkan dengan enjin petrol dan diesel termasuklah enjin 1.1 liter diesel yang menjana kuasa 70hp dan pelepasan karbon sebanyak 85g/km.