Sumber dari blog paultan.org telah menjumpai model prototaip Proton atau lebih dikenali sebagai Exora pelik atau penyek sebelum ini sedang diuji pada keadaan bersalji di suatu tempat di luar negara. Daripada pelekat yang tertampal pada interiornya, ianya adalah ujian untuk enjin terbaru Proton iaitu Campro CFE dan kotak gear CVT. Ujian ini mungkin bertujuan untuk Proton mendapatkan data mengenai kelakuan enjin pada keadaan ekstrim seperti musim sejuk di luar negara. Prototaip ini juga dilihat sebagai usaha Proton untuk memendekkan jangkamasa pembangunan model baru dengan melakukan simulasi berat yang ideal untuk model terbarunya tanpa menunggu prototaip sebenar siap. Ianya berkemungkinan besar adalah test mule untuk Persona R.