Honda Motor telah mengeluarkan gambar rasmi model generasi ke 9 Honda Civic sebelum pelancaran dunianya pada pameran motor Geneva bulan hadapan. Seperti gambar di atas, kita dapat lihat rekaannya sebahagian besar menyerupai model yang digantikannya dengan penambahan lengkuk pada profil sisi dan rekaan lampu belakang yang baru sahaja menjadi titik perbezaan dengan model generasi kelapan. Rekaannya belakangnya agak terjongket dan tirus menyebabkan keseluruhannya nampak lebih kecil.
Civic generasi ke 9
Civic generasi ke 8
Rekaan dalamannya juga tidak mempunyai banyak perubahan dari generasi ke lapan namun ianya direka semula dengan lebih kemas dan bercirikan pemandu. Dek pelbagai paparan juga lebih lebar dengan penambahan penunjuk informasi. Ianya juga mempunyai sistem navigasi secara integrasi dengan unit ICE. Sterengnya juga direka semula dan kali ini corner glass mempunyai pembahagi yang lebih kecil untuk pengurangan titik buta.
Civic generasi ke 9 bakal dilancarkan dengan beberapa varian model dan enjin termasuklah model coupe. Model coupe mungkin tidak masuk ke pasaran negara kita kerana permintaannya yang rendah. Menurut sumber Honda, untuk pasaran Amerika, varian yang bakal ditawarkan adalah enjin petrol 1.8liter, Hibrid 1.5liter dan versi paling sporty iaitu Civic Si dengan enjin 2.4liter bersama kotak gear 6 kelajuan baru. Di Malaysia mungkin Honda akan mengekalkan 3 varian iaitu Civic 1.8l, 2.0l dan Hibrid. Mungkin juga Honda akan menggunakan kotak gear 6 kelajuan terbaru mereka untuk mengurangkan ‘defisit spesifikasi’ dengan lawan mereka iaitu Toyota Altis yang sudah menggunakan kotak gear 7 kelajuan CVTi. Apa komen anda?
p/s: ruangan komen yang berfungsi dengan browser I/E sahaja.