Sumber dari beberapa laman web permotoran China telah menjumpai gambar spy shots SUV Europestar Youngman yang dibangunkan oleh anak syarikat Proton iaitu Lotus Engineering. Dari segi luaran, ia nampak seperti Exora dari beberapa sudut seperti hood dan profil sisi pada bahagian pintu. Ianya juga agak menyerupai konsep Lekiu yang dipamerkan di KLIMS 2010 tempoh hari. Walaubagaimanapun oleh kerana terlalu dilindungi oleh pita hitam, admin percaya lebih banyak lagi garisan karektor yang masih tersembunyi pada SUV tersebut. Lampu belakangnya juga mirip dengan model L5 yang baru dilancarkan sekitar bulan Jun tahun lepas.
Interiornya pula admin rasa memang sebiji sama dengan model L5. Adakah ini masih lagi menggunakan instrumen panel atau dashboard percubaan ataupun memang ianya mirip dengan L5? Jika begitu nampak seperti sterendnya terlalu condong dan butang kawalan air cond tidak ergonomik dan susah capai. Sterengnya juga nampak seperti menggunakan bahan plastik yang murah. Harap-harap ianya bukanlah peringkat akhir produk. Satu, lagi cuba anda lihat kerusi di dalam gambar di atas? bukankah itu kerusi Persona ataupun L3 di China? Belum ada informasi untuk powertrain yang bakal digunakan namun jika ianya SUV dan jika menggunakan powertrain milik Proton, haruslah ia menggunakan enjin turbocharged Campro CFE 1.6l untuk lebih kuasa seperti Peugeot 3008 yang menggunakan enjin Prince 1.6liter THP.
Mungkin Proton boleh menjual SUV ini di negara kita untuk mencukupkan barisan modelnya dan dengan itu lengkaplah Proton sebagai sebuah pengeluar automotif dengan mempunyai model dari kereta kecil, sedan, MPV dan SUV. Ini mungkin projek pembangunan SUV yang pernah diceritakan sebelum ini di bawah projek yang dinamakan projek Iguana. Walaubagaimanapun, untuk pasaran Malaysia rekaanya haruslah lebih diperhalusi kerana saingan dari pengeluar lain yang mempunyai rekaan lebih menarik seperti Kia Sorento, Honda CRV, Suzuki dan Toyota. Proton juga yang memasarkan kenderaannya di atas nama Europestar dan diedarkan oleh pihak Youngman dijangka dapat menggandakan jumlah jualan apabila model ini mula dijual kelak. Teruskan bacaan untuk galeri penuh.