Hyundai Sonata telah memenangi Anugerah Kereta Antarabangsa atau International Car of The Year (ICOTY) untuk tahun 2011. Anugerah ini telah disampaikan pada pameran motor Detroit lalu. Anugerah ICOTY adalah berdasarkan kesesuaian kereta dengan gaya hidup dan perasaan emosi antara pengguna dan kereta.
Menurut Eksekutif Produksi ICOTY, Courtney Caldwell berkata Hyundai Sonata memang penuh dengan kelengkapan fizikal, suspensi prestasi tinggi dan penjimatan minyak terbaik dalam kelasnya, dipadankan dengan rekaan yang menarik adalah pakej sempurna untuk memuaskan emosi pelanggan.
Komen: Akhirnya, Hyundai dapat mencari formula yang mana pembeli akan tertarik dengan rekaan yang menarik. Strategi ini sudah lama digunakan oleh syarikat jepun. Proton juga perlu mengeluarkan satu rekaan (mungkin Persona R) yang dapat memberi impak yang benar-benar pada seluruh dunia automotif seperti yang dilakukan oleh Kia dan Hyundai ketika ini.
Sumber: Hyundai