Industri automotif negara mencatat sejarah apabila buat kali pertama melepasi jumlah jualan keseluruhan atau total industri volume (TIV) mencatatkan jualan melebihi 600 ribu unit. Untuk tahun 2011 juga diunjurkan lebih baik lagi dengan beberapa syarikat memulakan operasi SKD dan CKD secara tidak langsung menambah peluang pekerjaan dalam bahagian pemasangan dan pembuatan komponen. Limpahan itu juga dirasai oleh kumpulan sokongan seperti sumber manusia, kewangan, IT, pemasaran dan kesihatan dan keselamatan pekerjaan. Antaranya syarikat Volkswagen dan Toyota yang akan memulakan tambahan operasi CKD untuk model mereka pada tahun ini. Carian dalam laman mencari pekerjaan Jobstreet juga terdapat sebanyak 262 kekosongan jawatan dalam pelbagai bidang untuk diisi. Jika anda berminat, inilah masanya untuk anda memohon jawatan dalam industri automotif.