Proton Satria Neo R3 CPS RS yang dipamerkan di Tokyo Auto Salon oleh syarikat talaan terkemuka Jepun iaitu Cusco sudah mula dibuka untuk tempahan? Ini berdasarkan info dari mudah.com.my yang sudah ada iklan yang menunjukkan spefikasi model R3 terbaru dari Proton ini dan dijangka dilancarkan secara rasmi pada bulan 2 ini.
Satria Neo R3 terbaru ini telah diuji di litar oleh syarikat Cusco di Jepun. Memang nampak hebat Neo R3 di litar. Pemandu Jepun yang memandu Neo itupun nampak berpuashati. Satria Neo R3 ini akan dijadikan kereta Rali Kelas N untuk pembeli Cusco di Jepun. Walaubagaimanapun, belum ada harga rasmi dari pihak R3 untuk model prestasi tinggi terbaru ini.
Sumber: prodas.wordpress.com