Sumber dari blog konnichiwa dan arena kereta telah menjumpai gambar interior model gantian Myvi yang akan dilancarkan bulan Mei ini. Interior nampak lebih moden dengan rekaan ala-ala Toyota dan Alza dan nampak material yang digunakan lebih premium. Menurut sumber juga, Myvi ini mungkin mendapat nama baru untuk memberikan impak baru pada pasaran. Sila teruskan bacaan untuk lihat gambar penuh.