Toyota Supra telah sekian lama tidak mendapat model gantian kini mungkin akan mendapat model baru dijangka pada tahun 2013 menurut sumber dari keratan sebuah majalah spy shots berbahasa Jepun. Gaya rekaannya masih mengekalkan elemen Supra lama seperti rekaan lampu belakang, ditambah dengan pakej aerodinamik dan bentuk yang moden.
Desas desus mengatakan Supra baru ini bakal menggunakan enjin hibrid 3.5liter dengan motor elektrik menghasilkan kuasa sehingga 400ps, 0-100kmh pada 4saat dan kecekapan bahanapi pada 15km/liter.
Strategi Toyota untuk menumpukan perhatian pada kereta produksi massa telah membuatkan pengeluaran kereta prestasi tinggi Toyota terhad. Antara model yang berjaya ialah Supra, Celica dan MR2 berbanding Nissan yang popular dengan Skyline, Silvia dan 180SX. Namun strategi itu ternyata menjadi apabila jualan kereta keluarga membuatkan mereka menjadi kukuh berbanding Nissan yang ketika itu bergantung dengan jualan kereta sport 2 pintu.