Honda Civic 2012 telah ditemui di China sebelum pelancarannya yang dijangka pada penghujung bulan depan di Shanghai Auto Show. Civic baru ini tidak mempunyai perubahan drastik dari segi rekaan terutamanya pada bahagian depan dan sisi. Panel pintu menyerupai Toyota Altis. Bahagian depan pula nampak lebih straight forward.
Bahagian belakangnya pula boleh dikatakan menerima perubahan drastik dengan lengkuk yang lebih dramatik dan lampu ala-ala Mercedes. Spy shots ini agak berbeza berbanding gambar versi US sebelum ini dengan lampu kombinasinya bersambung dengan trunk lid. Mungkin ini adalah untuk membezakan Civic pasaran Asia dan Amerika.
Hyundai dilihat lebih terkedepan dari Honda dari segi rekabentuk sekurangnya buat masa sekarang. Rekaan bahasa ‘bendalir’ Hyundai nampak lebih terkedepan. Apa pun Honda sememangnya mempunyai know how dalam pembikinan kereta terutamanya untuk kawalan dan suspensi. Ia masih mempunyai senjata tersembunyi untuk meletakkan Civc terbaru ini sebagai pendahulu dalam kelasnya. Honda Malaysia dijangka melancarkan Civic baru ini pada suku kedua tahun ini.