Belumpun dilancarkan sudah ada model SE? Gambar spy shots terkini dari blog funtastickodesign telah mendedahkan dengan lebih jelas rekaan model gantian Myvi 2011. Nampak begitu mengancam dan tajam rekaan hadapannya. Lampunya juga menggunakan jenis projektor seperti Alza untuk nampak lebih sporty dan upmarket. Sebelum ada khabar angin yang mengatakan Perodua akan menawarkan varian 1.5l namun belum ada kepastian lagi. Menurut CBT ahad lepas, model ini akan dliancarkan hujung tahun ini berbeza dengan info yang admin peroleh iaitu pada bulan April depan. Apa pun syabas kepada Perodua kerana memberi rekaan yang menarik kepada model gantian Myvi ini.
1 Comment
-
At 2011.03.02 00:33, Jane said: