Proton Persona R! ia inilah gambar spy shots yang dinanti-nantikan oleh peminat kereta seluruh negara. Model yang bakal membawa perubahan dan impak kepada halatuju pengeluar kereta nasional kita iaitu Proton Holdings. Jika dilihat dari profil sisi memang ia amat menyerupai konsep Tuah atau Persona R yang dipamerkan di KLIMS tempohari.
Rekaan Persona R ini sudah menarik tinggal lagi sejauh mana kemampuan Proton untuk merialisasikannya. Jika kita lihat disini, side mirrornya adalah komponen bawa kehadapan atau carry over parts dari Persona dan Saga, berbeza dari model konsep yang mempunyai side mirror pasangan panel pintu. Secara peribadi, admin menyukai side mirror seperti konsep Tuah. Side mirror boleh lipat atau electric retractable side mirror juga boleh menambah ciri mewah dan upmarket pada Persona namun jika side mirror ini adalah final produk, nampak gaya kita kena tunggu lagi la untuk Proton keluarkan model yang mempunyai side mirror seperti itu.
Apa pun admin memang begitu teruja dengan Persona R ini diharap Proton akan dapat buat sehabis baik dengan mengambil kira pemanduan ergonomik dan mesra pengguna. Untuk enjin kita memang dah tahu ianya bakal menggunakan enjin 1.6liter Campro CFE turbocharged dengan VVT dipadankan dengan kotak gear CVT. Enjin ini adalah yang terakhir dalam keluarga Campro dan menurut sumber Proton sedang membangunkan enjin baru yang dipanggil family Y dengan sesaran 1.2, 1.6 dan 1.8liter. Admin juga berharap Proton menggunakan enjin Campro VVT untuk semua variannya dengan varian paling atas menggunakan enjin turbocharged.