Setelah membuat kejutan pada pameran motor Paris tahun lepas dengan penampilan model konsep mereka, anak syarikat Proton iaitu Lotus Cars Plc membawa konsep ‘mudah’ atau simplicity pada pameran motor Geneva kali ini. Mereka mempamerkan model Evora Enduro GT(gambar atas) dan Mansory (bawah). Evora Enduro GT merupakan evolusi dari Evora GT4 Endurance yang mana ianya menepati piawaian FIA.
Lotus Evora Mansory pula diberikan perubahan kosmetik oleh syarikat Mansory. Dinamakan ‘bespoke’, ia merujuk kepada sesuatu yang dibuat berdasarkan permintaan pembeli. Mansory merupakan pakar dalam ubahsuai kosmetik dan kali ini memberi sentuhan mereka kepada Lotus Evora.