Suzuki Motor Corp mempamerkan model konsep Swift Sport generasi baru pada pameran motor Geneva kali ini. Konsep yang bakal menjadi petunjuk kepada bagaimana model Swift Sport baru bakal dipasarkan. Ia bakal memasuki pasaran Eropah pada musim luruh tahun ini.
Konsep S ini adalah 30mm lebih rendah dan 60mm lebih lebar dari Swift versi standard. Dipadankan dengan rim besar bersaiz 18 inci, jelas kelihatan pengapit brek berjenama Brembo. Dengan penggunaan brek brembo berkuasa tinggi ini, jelas Suzuki mungkin menggunakan enjin yang lebih berkuasa untuk model ini berbanding model Sport sedia ada yang hanya mempunyai kuasa 125hp sahaja.
Masih belum ada informasi mengenai enjin yang bakal digunakan namun sudah terdapat spekulasi bahawa Swift sport ini akan menggunakan enjin turbocharged 1.5liter berkuasa 150hp atau enjin beraspirasi normal 1.5liter berkuasa 140hp.
Komen admin: Suzuki Swift model baru ini belum lagi memasuki pasaran Malaysia. Suzuki dilihat sedang mengadakan promosi pembiayaan pada 1.88% seperti mahu menghabiskan stok lama untuk memberi laluan kepada model baru ini. Apa pun Suzuki Swift sudah membuktikannya secara keseluruhan aspek apabila telah memenangi anugerah RJC Japan Car of The Year untuk tahun 2010. Pasti berbaloi untuk memiliki model Suzuki Swift terbaru ini.