Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari mekanisma baru untuk memperbaiki sistem senarai hitam mereka. Menurut laporan Bernama, mereka menerima banyak aduan dari orang ramai yang mana mereka tiada apa-apa saman tetapi apabila mereka mahu memperbaharui cukai jalan mereka tidak boleh memperbaharuinya kerana disenari hitam dengan pelbagai saman. Menurut ketua pengarahnya Dato Solah Mat Hassan, mereka akan mengadakan pertemuan dengan peguam negara, Polis, Menteri Dalam Negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk mencari penyelesaian kepada isu ini.
Komen admin: Masalah ini sudah berlarutan begitu lama namun tiada inisiatif sehingga kini oleh JPJ. Makan gaji buta ke? Maaflah kalau pedas tetapi dari segi hakikatnya mungkin begitulah. Sebenarnya, sistem pemilikan kenderaan di Malaysia mungkin perlu diubah dari pendaftaran mengikut negeri kepada pendaftaran mengikut bandar serta mewajibkan pertukaran alamat apabila sesebuah kereta telah berada di luar kawasan pendaftaran asal.
Ini bertujuan memudahkan semua pihak memantau kenderaan tersebut terutamanya dari segi kesalahan trafik. Seperti di negara maju contohnya Jepun, mereka menggunakan kaedah seperti ini dan jika mereka kena saman, mudah untuk Polis mengemaskini data atau mengambil tindakan lanjut jika mereka engkar untuk membayarnya. Ini adalah cadangan admin untuk perbaiki sistem di negara kita.