Kerajaan akan menamatkan import komponen kereta terpakai bermula Jun ini selaras dengan peruntukan dasar automotif nasional (NAP) untuk melindungi pengeluar komponen tempatan, alat ganti tulen dan demi keselamatan pemilik kenderaan di negara kita. Menurut laporan Star Motoring, setiausaha kementerian industri dan perdagangan antarabangsa, Datuk Rebecca Fatima Sta Maria dipetik berkata fasa pertama akan melibatkan larangan import untuk 4 jenis komponen yang kritikal seperti brek lining, brek pad, tayar dan bateri. Menurut beliau juga larangan import ini akan dilaksanakan dengan berperingkat bermula dengan komponen yang paling kritikal sekali.
Komen admin: Jika larangan ini hanya untuk komponen yang dinyatakan di atas, ianya pasti melegakan pemilik kereta import terutamanya model JDM. Ini adalah kerana alat ganti tulen teramat mahal dan jika untuk model yang tidak dijual secara rasmi di negara kita pasti lebih sukar lagi. Baru-baru rakan admin telah mengalami kerosakan kotak gear CVT Honda City nya. Honda meletakkan harga RM27 ribu untuk unit kotak gear baru. Beliau tidak mempunyai wang sebanyak itu dan nasib baik ada CVT import terpakai pada harga RM5 ribu. Itupun sudah berpeluh mencari duit. Kerajaan perlulah berfikir secara rasional dan sedarlah rakyat masih lagi berpendapatan rendah tidak seperti negara maju.