Hari Ahad lepas semasa admin membaca CBT di surat khabar NST ada satu kolum kecil yang menyatakan bahawa model gantian Suzuki Swift tidak akan dilancarkan pada tahun ini sebaliknya pada tahun depan. Pembeli di Malaysia perlu menunggu sedikit masa lagi sebelum kereta yang dinobatkan sebagai kereta terbaik Jepun 2010 itu mula dijual di sini. Promosi yang dilakukan Suzuki @1.88% ketika ini bukanlah untuk meng’clear’kan stok lama tetapi ia adalah promosi untuk meningkatkan jualan Swift di negara kita.